Ini merupakan resort pertanian dan istirehat. Tanah seluas 15 ekar ini adalah milik persendirian yang terletak lebih kurang 45 km dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Ianya mempunyai sebuah Banglo yang mempunyai 4 bilik dan mempunyai 9 unit chalet yang dilengkapi dengan katil, bilk air tandas dan lampu.
Terdapat haiwan ternakan seperti kambing ayam dan angsa dan pokok buah-buahan seperti durian, laici, manggis, rambutan, dragon fruit dan pokok Gaharu. terdapat kawasan lapang yang ditanami dengan tanaman sayur dan kekacang. Lanscape yang menarik dan terdapat anak sungai.