|
Home › Articles
|
Ekonomi negara masih kukuh berdasarkan tiga petunjuk utama |
Article by RealEstateOnline posted on 2015-06-27
|

MUAR: Ekonomi negara masih lagi terus kukuh berdasarkan tiga petunjuk utama iaitu kadar pengangguran yang rendah, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan masih mendapat perhatian pelabur luar, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata, walaupun ketika ini ringgit mengalami penurunan, namun tiada sebab ada pihak yang menuding jari kononnya ekonomi negara berada pada tahap yang gawat.
"Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang sihat dengan unjuran antara 4.5 hingga 5.5 peratus dan masih mendapat perhatian dengan jumlah pelaburan antara RM20 bilion hingga RM30 bilion pada setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Dewan Perniagaan Cina Muar di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Muar, Datuk Sia Wa Leong; Ketua MCA Bahagian Bakri, Sia Ka Tuan; dan Ketua MCA Bahagian Muar, Tay Puay Chuan. Chua berkata, selain itu rizab antarabangsa negara juga masih tinggi iaitu berjumlah RM390.2 bilion sehingga pada 15 Jun, 2016 dan cukup untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh.
Beliau berkata, memang negara pada dasarnya mengalami penurunan dalam kadar pertukaran ringgit tetapi trend itu bukan sahaja melanda Malaysia tetapi juga mata wang dunia dan negara-negara seperti Australia dan Eropah yang menawarkan pakej rangsangan ekonomi.
"Memang mata wang kita mengalami penurunan jika mahu dibandingkan dengan mata wang Amerika Syarikat tetapi ini (penurunan mata wang) bukan satu yang khusus (hanya berlaku) di negara kita.
"Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) ada memberi nasihat kepada Amerika Syarikat untuk jangka masa pendek supaya tidak tingkatkan kadar faedah pinjaman bukan sahaja di negara yang membangun tetapi negara yang berteraskan ekonomi komoditi," katanya.
Beliau berkata, kerjasama dengan China untuk meningkatkan perdagangan kepada unjuran AS$160 bilion pada 2017 akan mengukuhkan kembali ringgit.
|
| Source: Beita Harian |
 |
email this |
 |
printer friendly |
|
|
Related Properties
|
|
|
| RM430,000 |
BANTING, SELANGOR |
|
|
| Jalan Langat Murni 5/2, Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang |
| Land Size: 1335 (sf) |
| Room: 4, Bathroom: 3 |
| Residential > Terrace | For sale |
| Tel: 03-42531135 |
|
| Ref No: #RT1.2.6.(S)1156 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| RM490,000 |
AMPANG JAYA |
|
|
| Jalan 14, Ampang Jaya |
| Built-up: 1870 (sf) Land Size: 1870 (sf) |
| Room: 3, Bathroom: 1 |
| Residential > Terrace | For sale |
| Tel: 03-42531135 |
|
| Ref No: #RT1B.8.41.(S)1147 |
|
|
|
| RM530,000 |
BANDAR SUNWAY |
|
|
| Jalan PJS 10/7A, Bandar Sunway |
| Built-up: 1080 (sf) Land Size: 1080 (sf) |
| Room: 4, Bathroom: 3 |
| Residential > Terrace | For sale |
| Tel: 03-42531135 |
|
| Ref No: #RT1B.8.2.(S)1146 |
|
|
| RM10,000 per month |
KOMPLEKS INDUSTRI MAKANAN MARA |
|
|
| No. 6, Kompleks Industri Makanan MARA, Kampung Batu Muda Off Jln Batu Caves |
| Built-up: 8977 (sf) |
|
| Industrial | For Rent |
| Tel: 03-42531135 |
|
| Ref No: #I1.8.2.(R)1145 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |

Foreign Investment
Guideline on Acquisition of Property
|
|
 |
Related Properties |
|
Related Property
|
|
|
|
|
|