Pembangunan Eko Titiwangsa yang terletak di Jalan Pahang itu merupakan gabungan tiga menara unik pangsapuri servis mewah pegangan bebas dengan ciri-ciri kediaman taman hijau dalam bandar bertaraf antarabangsa.
Menurut Pengarah Urusan Ekovest Berhad, Datuk Lim Keng Cheng, mereka yang melabur di dalam hartanah tersebut akan turut merasai pengalaman kehidupan bandar dalam lingkaran sungai yang ditawarkan melalui projek ‘KL River City.’
“Fokus utama projek ‘KL River City adalah untuk mengubah koridor Sungai Gombak ke kawasan rekreasi yang indah, sekali gus memperkenalkannya sebagai destinasi pelancongan baharu di peringkat antarabangsa.
“Eko Titiwangasa pula memberikan peluang kepada pelabur memiliki sebuah hartanah dalam pembangunan tepi sungai di Kuala Lumpur yang sangat istimewa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Projek pembangunan Eko Titiwangsa telah dilancarkan Sabtu lalu dengan penjualan seunit bermula pada harga RM600,000 bergantung kepada saiz serta kedudukannya.
Projek tersebut menawarkan 696 unit pangsapuri dengan pelbagai kemudahan termasuk kedai komersial, perkhidmatan keselamatan, kawasan barbeku, kolam kecergasan, taman permainan dan bilik dobi.







